Pembinaan & Penyelenggaraan Alatubah Setakat 33kV

Introduction

Kursus ini merangkumi teori dan amali untuk perkara seperti senggaraan, dan pengujian pencawang iaitu alatubah setakat 33kV yang digunakan di dalam sistem pembahagian TNB, peti pembahagian dan OLTC. Teori mengenai alatubah termasuk dalam kursus ini bermuda dari fungsi, prinsip asas komponen, kadaran alatubah, penyejukkan alatubah disamping latihan dan ujian amali bagi senggaraan OLTC, pembaikkan dan pengujian alatubah.

Teori mengenai peti pembahagian dan latihan amali bagi kerja-kerja senggaraan dan kendalian juga termasuk dalam kursus ini. Latihan perlaksanaan aktiviti senggaraan juga di praktikkan dalam kursus ini termasuk jenis senggaraan yang perlu dibuat berdasarkan piawai dan prosedur terkini, pengurusan senggaraan dan disamping kaedah serta peralatan pengujian terkini.

Kursus ini sangat sesuai bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja senggaraan dan kendalian peralatan tersebut.

Jurutera / Juruteknik

Target Participant

ILSAS Bangi

Venue

5 Hari

Duration

Objective

Apabila tamat kursus, para pelatih akan mampu untuk:

  • Menerangkan prinsip asas dan teori mengenai alatubah setakat 33kV Sistem Pembahagian
  • Menerangkan jenis-jenis alatubah serta fungsi setiap komponennya
  • Melakukan kerja pembaikkan dan senggaraan oltc alatubah kuasa berpandukan peraturan yang ditetapkan
  • Melakukan pengujian terhadap alatubah dan peti pembahagian berpandukan peraturan yang telah ditetapkan
  • Menganalisa keputusan dan tindakan yang perlu dilakukan

Agenda

Hari 1

PENGENALAN & KOMPONEN ALATUBAH

  • Fungsi & prinsip asas alatubah
  • Jenis-jenis alatubah dan kadaran yang terdapat dalam sistem TNB
  • Penerangan komponen beserta fungsi setiap komponen
Hari 2

SENGGARAAN ALATUBAH KUASA

  • Perlaksanaan Pengurusan Senggaraan ‘Condition based Maintenance’ mengikut arahan kejuruteraan
  • Seggaraan minyak, membaiki dan menukar komponen yang rosak

PENGUJIAN ALATUBAH KUASA

Hari 3

PENGENALAN & KOMPONEN OLTC

  • Definisi dan jenis-jenis Tap Changer
  • Penerangan fungsi OLTC
  • Penerangan komponen beserta fungsi setiap komponen OLTC

PENGOPERASIAN OLTC

  • Penerangan operasi Flag Cycle & Pennent Cycle
Hari 4

ROMBAKAN OLTC JENIS V

  • Mengeluarkan minyak OLTC
  • Memasang jig pole dan peralatan mengangkat
  • Menetapkan posisi tap dari withdrawal tap
  • Mengeluarkan ’OLTC insert’ mengikut prosidur

PEMERIKSAAN OLTC & PEMBERSIHAN TANGKI OLTC

  • Memeriksa keadaan sesentuh
  • Pemeriksaan & pengukuran rintangan perintang
  • Langkah-langkah pembersihan tangki OLTC
Hari 5

MEMASANG OLTC INSERT KE DALAM TANGKI OLTC & PENGUJIAN OLTC

  • Cara-cara pemasangan OLTC insert ke dalam tangki OLTC
  • Pengujian-pengujian yang berkaitan OLTC

KAJIAN KES

UJIAN

What people say?

It was a perfect match seeing that i need to work on my confidence.I actually learnt more skills that is needed for me to be able to develop training programs.
Bodil Dahl
Ceo & Founder Crix
The course definitely helped in improving concepts. It would be great if you add more examples of templates for Training evaluation. This would help in creating better sheets in future. Thanks
Sonal Tyagi
Head Of Sales , Intel