26 November 2019
PUTRAJAYA — ILSAS meluaskan lagi penglibatannya dalam bidang tenaga boleh baharu (RE) dengan menjadikan ia pengisian seminar sulung Engineering & Technology (ISeET) melalui kerjasama dengan The Institution of Engineers (IEM) Malaysia di sini baru-baru ini.
la seiring hala tuju ILSAS untuk menjadi antara pusat latihan teknikal terbaik di Malaysia dan seterusnya di peringkat global.
Sebelum ini, Kursus Pemasangan Sistem Solar Fotovoltaik Tersambung Grid adalah satu daripada sembilan program latihan teknikal anjuran ILSAS yang mendapat pengiktirafan City & Guilds United Kingdom (UK) sejak 2017.
Seramai 200 orang peserta terdiri daripada warga kerja TNB, ahli profesional, ahli-ahli IEM dan pelajar universiti menyertai ISeET.
Tiga orang panel berpengalaman telah menyampaikan tajuk semasa iaitu Powering Malaysian Roof (Umar Ridzuan Hawari). Solarizing the Nation: Rooftop Solar PV Policy, Mechanism and Financial Viability (Ir. Nor Ziha Zainol Abidin) dan Solar, Stability and Storage (Ir. Mohd Khairul Fikri Mohd Salleh).
Foto: Rohaya Atan