Pembinaan & Senggaraan Talian Atas Voltan Rendah
Introduction
Kursus ini merangkumi sistem talian atas voltan rendah tidak bertebat dan bertebat (ABC) yang melibatkan komponen-komponen seperti tiang untuk menyokong pengalir serta pemasangan umbang bagi memastikan kestabilan binaan talian tersebut, disamping itu pelbagai pepasangan lain seperti fius di tiang, lampu awam, sesalur bekalan dan kakilima yang merupakan sebahagian dari binaan talian atas.
Bagi memastikan bekalan elektrik terjamin kualitinya, berdaya harap serta mempunyai ciri-ciri keselamatan, rekabentuk sistem, spesifikasi binaan talian atas serta keperluan peraturan yang telah ditetapkan perlu diambilkira dan digunapakai didalam menentukan penggunaan komponen ketika membuat perancangan untuk pembinaan talian tersebut.
Bagi menjamin keselamatan pekerja ketika melaksanakan kerja-kerja binaan dan senggaraan talian atas voltan rendah, juruteknik perlu memastikan semua peraturan keselamatan dipraktikkan dan diamalkan.
Semua peserta yang berkerja di dalam bidang teknikal
Target Participant
ILSAS Bangi
Venue
5 Hari
Duration
Objective
- Mengendalikan peti pembahagian mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
- Mengendalikan fius di tiang mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
- Mengenalpasti jenis-jenis pengujian sebelum mulatugas jangka kuasa besar
- Mengenalpasti papan suis utama
Agenda
- Pengenalan Talian Atas Voltan Rendah
- Penyokong Talian Voltan Rendah
- Spesifikasi tiang voltan rendah
- Pembumian tiang
- Penentuan kedudukan tiang
- Pengalir voltan rendah
- Jenis-jenis pengalir voltan rendah
- Susutan voltan
- Tegangan pengalir
- Spesifikasi pemasangan umbang voltan rendah
- Spesifikasi Pembinaan Kabel Bertebat Voltan Rendah (ABC)
- Sistem Lampu Jalan TNB
- Pelbagai Pepasangan Voltan Rendah
- Sesalur kaki lima/bekalan
- Fius di tiang
- Penangkap kilat
- Panduan Keselamatan Elektrik Voltan Rendah TNB
- Ujian Teori
What people say?
Related products
-
Uncategorized
SF6 Gas Management and Handling
-
Uncategorized
33/11kV Distribution Power System Protection (Part 1)
-
Uncategorized
Substation Operation 11kV (City & Guilds)