Pembinaan dan Mulatugas Pencawang Elektrik Setakat 22kV
Introduction
Kursus ini dirangka bagi memberi latihan teori dan amali berkaitan kerja pembinaan pencawang elektrik dari mula penerimaan pencawang hingga ke proses memulatugas pencawang tersebut dengan jayanya. Penumpuan latihan lebih kepada latihan amali iaitu 80% manakala selebihnya dalah teori dan kajian kes.
Kandungan kursus merujuk kepada panduan dan manual terkini berkaitan kerja pembinaan pencawang yang digunapakai di TNB Pembahagian. Untuk itu, kursus ini amat sesuai bagi mereka yang terlibat dalam kerja pembinaan pencawang hingga ke kerja memulatugas agar pengetahuan diperolehi dapat memastikan pencawang yang dioperasi dapat berfungsi dengan baik.
Jurutera / Juruteknik / Penyelia Projek
Target Participant
ILSAS Bangi
Venue
5 Hari
Duration
Objective
Pada penghujung kursus, para pelatih akan mampu:
- Menerangkan jenis pencawang dan kegunaan peralatan utamanya.
- Menyatakan spesifikasi sivil bagi pembinaan pencawang
- Menerangkan keperluan dan spesifikasi tapak peralatan pencawang
- Melaksanakan kerja mengangkut dan memunggah pencawang berpandukan garispanduan yang betul
- Melaksanakan kerja pemasangan peralatan utama pencawang berpandukan garispanduan yang betul
- Melaksankan kerja pengujian peralatan utama pencawang berpandukan garispandua yang betul
- Mencatat keputusan laporan kerja dengan betul dan menggunakan format yang betul
Agenda
- Pengenalan Kerja Pembinaan Pencawang Pembahagian
- Pemasangan Alat Suis RMU
- Pemasangan Alatsuis Pemutus Litar Dan Alatubah
- Pemasangan Papan Pembahagian Voltan Rendah, Pengujian
- Memulatugas Pemutus Litar
- Pengujian Alatubah Dan PPVR
- Kerja Merombak Peralatan Pencawang
- Kajian Kes
- Ujian
What people say?
Related products
-
Uncategorized
Professional Image Grooming
-
Uncategorized
Coaching & Mentoring