Kendalian Sistem Setakat 1kV
Introduction
Kursus ini dirangka sebagai persediaan kepada pekerja-pekerja TNB yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan senggaraan sistem voltan rendah pembahagian yang supaya mengetahui tugasan dan tanggungjawab sebagai Orang Berkecekapan (Competent Person) dan juga Orang Berkebenaran (Authorised Person) setakat voltan 1kV. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai ulangkaji kepada pekerja-pekerja yang telah memiliki CP/AP setakat 1kV.
Kursus ini memberi penerangan kepada pengenalan pencawang pembahagian, papan pembahagian voltan rendah, kabel voltan rendah, spesifikasi kabel bertebat voltan rendah, sesalur bekalan & kaki lima, fius di tiang, pengenalan & kendalian papan suis utama serta perjangkaan arus penuh dan perjangkaan alatubah arus. Penekanan kursus juga terarah kepada aspek-aspek pengendalian papan pembahagian dan fius di tiang mengikut langkah-langkah yang ditetapkan dalam prosedur keselamatan.
Semua peserta yang berkerja di dalam bidang teknikal
Target Participant
ILSAS Bangi
Venue
5 HARI
Duration
Objective
- Mengendalikan peti pembahagian mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
- Mengendalikan fius di tiang mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
- Mengenalpasti jenis-jenis pengujian sebelum mulatugas jangka kuasa besar
- Mengenalpasti papan suis utama
Agenda
- Pengenalan pencawang
- Pengenalan peti pembahagian voltan rendah
- Kendalian peti pembahagian voltan rendah
- Pengenalan kabel bawah tanah voltan rendah
- Spesifikasi sistem kabel bertebat voltan rendah
- Sesalur Servis & Kaki Lima, Fius dan Penangkap Kilat
- Sistem Lampu Jalan
- Kendalian fius di tiang pemasangan rod pembumian
- Pengenalan Papan Suis Utama
- Kendalian Papan Suis Utama
- Pengenalan jangka dan kejanggalan
- Perjangkaan arus penuh & perjangkaan alatubah arus
- Ujian Teori
What people say?
Related products
-
Uncategorized
Safety Training Guide
-
Uncategorized
Battery Storage and EV
-
Uncategorized
33/11kV Distribution Power System Protection (Part 1)