Mengukur Tahap Kepuasan Consultancy 3

Bagi mengetahui persepsi dan mengukur sejauh mana tahap kepuasan pelanggannya, ILSAS sekali lagi akan menjalankan kaji selidik Customer Service Indeks (CSI) bermula pada bulan September sehingga November 2019.

Sejajar dengan sasaran ILSAS untuk menjadi pusat latihan bertaraf global, sudah pasti aspek kepuasan pelanggan diberikan keutamaan. Kaji selidik ini akan menjadi kayu pengukur sejauh mana ILSAS dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan di dalam 3 komponen utama iaitu, perkhidmatan latihan & konsultansi, fasiliti latihan dan perkhidmatan sokongan latihan. ILSAS telah bekerjasama dengan pihak konsultan untuk menjalankan kaji selidik ini. Jumlah responden yang disasarkan pada tahun ini adalah seramai 3,000 orang melibatkan peserta kursus TNB dan bukan TNB.

Adalah diharapkan agar semua tenaga
pengajar, Subject Matter Expert (SME) dan peserta kursus ILSAS dapat memberikan kerjasama sepanjang sesi kaji selidik ini dijalankan.