Seiring dengan inisiatif ILSAS untuk mendukung Industrial Revolution 4.0, ILSAS telah membangunkan satu sistem baharu iaitu ILSAS Integrated System (IIS).
Jabatan Strategic Digital Innovation (SDI) telah menganjurkan Karnival IIS bagi memperkenalkan sistem ini sekaligus menggalakkan anggota kerja ILSAS menggunakan platform yang telah dibangunkan.
Antara objektif pembangunan ILSAS Integrated System (IIS) adalah untuk:
- Membolehkan anggota kerja ILSAS menyalurkan aduan kerosakan ITMS dan INDEED
- Membuat permohonan penggunaan prasarana, peralatan dan perkhidmatan ILSAS
- Membuat permohonan pembelian peralatan dan perisian
- Membuat pemantauan projek-projek di ILSAS
Pengguna yang terlibat dalam projek ini ialah unit EVO, INDEED, ITMS, Penyajian dan Penginapan serta beberapa wakil daripada beberapa unit lain.
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga ILSAS yang terlibat menjayakan Karnival IIS!