Majlis pelancaran Route To Professional Engineer & Coaching Program telah diadakan pada 14 Februari 2020 di IREC, ILSAS. Matlamat utama program ini adalah untuk menyokong Bahagian Penjanaan bagi mencapai 20 Resident Engineer menjelang tahun 2023.
Majlis ini turut dihadiri oleh Tn. Hj Mohd Zahir Ismail, Head of Asset Operation, Generation, Tn. Hj. Wan Mohd Fauzi Wan Sulaiman, Head of HRBP, Generation Division dan Ir. Yeoh Chien Wern, Head of AMTEC, TNB ILSAS yang menyempurnakan perlantikan 13 orang mentors dan 22 orang mentees. Ini juga merupakan cohort pertama untuk Bahagian Penjanaan.
Taklimat tentang Route To PE telah disampaikan oleh BEM Board Member & IEM Council Member bagi memberikan penerangan terkini tentang pembangunan Jurutera Profesional di Malaysia.
Lanjutan daripada itu, IEM Professional Engineer Application Workshop & Mock Interview telah diadakan pada 20 Februari hingga 21 Februari 2020. la telah dikendalikan oleh IEM fasilitator yang merupakan IEM Ex Vice President & Deputy Chairman of Engineering Accreditation Council Malaysia. Program Route To PE & Coaching ini dijadualkan akan berakhir pada 30 September 2020.