1st Batch – 20 Graduate Engineers From Grid Division

Route to PE & Coaching telah diadakan baru-baru ini bertempat di Leadership Development Centre, ILSAS. Program ini dihadiri oleh 20 orang jurutera siswazah yang dipilih oleh Bahagian GRID.

Matlamat utama program adalah untuk menyokong Bahagian Grid untuk mencapai 203 orang Jurutera Elektrik Kompeten 132KV menjelang tahun 2023 seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Untuk mencapai sasaran tersebut, TNB ILSAS telah mengadakan kerjasama dengan The Institution of Engineers Malaysia (The IEM) dengan menjemput Lr. Lee Boon Chong (Bekas Naib Presiden IEM & Ahli Lembaga BEM) serta Lr. Lim Kim Ten (IEM Council member) yang juga merupakan perintis dalam pembaharuan proses permohonan Jurutera Profesional yang leh dikenali sebagai Enchanced Professional Interview Process yang dilaksanakan di Malaysia sejak 1 Julai 2018