Courses

KENDALIAN AP 1KV
Distribution

5

View Details

Overview:
Kursus ini dirangka sebagai persediaan kepada pekerja-pekerja TNB yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan senggaraan sistem voltan rendah pembahagian yang bakal menduduki ujian sebagai Orang Berkecekapan (Competent Person) dan Orang Berkebenaran (Authorised Person) setakat voltan 1kV. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai ulangkaji kepada pekerja-pekerja yang telah memiliki CP/AP setakat 1kV.
 
Kursus ini memberi penerangan kepada pengenalan pencawang pembahagian, papan pembahagian voltan rendah, kabel voltan rendah, spesifikasi kabel bertebat voltan rendah, sesalur bekalan & kaki lima, fius di tiang, pengenalan & kendalian papan suis utama serta perjangkaan arus penuh dan perjangkaan alatubah arus. Penekanan kursus juga terarah kepada aspek-aspek pengendalian papan pembahagian dan fius di tiang mengikut langkah-langkah yang ditetapkan dalam prosedur keselamatan.
Objective:
Setelah tamat kursus ini, peserta-peserta akan dapat:

  • Mengendalikan peti pembahagian mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
  • Mengendalikan fius di tiang mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
  • Mengenalpasti jenis-jenis pengujian sebelum mulatugas jangka kuasa besar
  • Mengenalpasti papan suis utama


Target Participant: TT05-TT09 (belum memiliki sijil CP/AP 1kV
Duration: 5
Language: English, Malay

Kemahiran PMS
OSHE

2 Days

View Details

Overview:
Kursus  ini  dirangka  khas  untuk  memberi  pendedahan  asas Sistem  Motivasi  Prestasi  kepada anggota  kerja  TNB.  Kursus  ini  merangkumi keseluruhan  Rangka  Kerja Outcome-Based  KPI bermula dari aspek Halatuju dan Aspirasi Syarikat / Bahagian sehingga penyelarasan strategi di peringkat Jabatan / Unit.
Objective:
Berpandukan  kepada  pekeliling  Pengurusan  Sumber  Manusia  tentang Sistem Motivasi Prestasi yang digunapakai di TNB, peserta boleh:

i. Menerangkan halatuju Syarikat
ii. Mengenalpasti C.E.O. bagi peranan masing-masing
iii. Mengenalpasti kehendak bagi setiap C.E.O. (Their expectation)
iv. Mengenalpasti penghasilan (outcome based KPI) & strategi
v. Membezakan kategori kompetensi yang diguna pakai
vi. Menyatakan proses-proses dalam kitaran PMS

Dengan betul


untuk maklumat lanjut sila hubungi:

1. NAMA: Jessica Retnasamy
   Email: jessica@tnb.com.my

2. NAMA: Hanifah Mohd Hussain
   Email: hanifahmh@tnb.com.my

Target Participant: Terbuka & Mandatori PP07
Duration: 2 Days
Language:

Kemahiran Penulisan Berkesan Untuk Penyelia (A) / Effective Writing Skill For Supervisor (A)
Management

2 Days

View Details

Overview:

Kursus ini khas untuk Gred PP iaitu Penyelia Perkeranian. Kursus ini bertujuan melatih anggota kerja Penyelia di dalam Penyediaan Laporan seperti berikut:

1. Pengenalan penulisan laporan, memorandum dan surat
2. Jenis-jenis laporan, memorandum dan surat termasuk statistik
3. Teknik-teknik dan gaya menulis laporan, memorandum dan surat yang baik
4. Mind Mapping (Kaedah Penulisan Laporan)
5. Cabaran, isu dan halangan dalam menulis laporan, memo dan surat

 


Objective:

Di akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Memastikan Penyelia di TNB memiliki keupayaan untuk menghasilkan laporan yang baik, kreatif dan komprehensif serta mampu melakukan suntingan dengan efektif.



untuk maklumat lanjut sila hubungi:

1. NAMA: Jessica Retnasamy
     Email: jessica@tnb.com.my

2. NAMA: Hanifah Mohd Hussain
     Email: hanifahmh@tnb.com.my
 



Target Participant: PP10 Clerical
Duration: 2 Days
Language:

Human Resource Minister - Training Provider Award 2007
Role Model Company 2013 for Electrical Training Programmes by Manpower Department (JTM)
Energy Industry Award: Training Institution Excellence 2011

TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA

T: (+6) 03-8922 7222 F: (+6) 03-8926 4437 E: infoilsas@tnb.com.my

© 2017 TNB ILSAS