Courses

Understanding And Implementing OSHA & Its Regulations
OSHE

2

View Details

Overview:

Objective:


Target Participant: OPEN
Duration: 2
Language:

ULANGKAJI TALIAN ATAS 33KV UNTUK EKSEKUTIF
Distribution

2

View Details

Overview:
Binaan talian atas voltan tinggi yang melibatkan sistem voltan 11kV dan 33kV  menggunakan pengalir aluminium tidak bertebat masih terdapat didalam sistem pepasangan Tenaga Nasional Berhad.
 
Rekabentuk binaan talian atas voltan tinggi yang menggunakan palang keluli ini berserta dengan penyokong tiang keluli telah lama diperkenalkan dalam sistem dan digunakan secara meluas di Tenaga Nasional Berhad dan sehingga kini binaan talian ini masih digunapakai.
 
Matlamat kursus ini untuk menerangkan rekabentuk dan spesifikasi talian atas voltan tinggi sehingga 33kV sebagai panduan kepada jurutera dan eksekutif teknik dalam memantau dan menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan, menaik taraf sistem dan membaik pulih binaan talian sekiranya berlaku kerosakan atau kecacatan pada binaan talian yang sedia ada.
Objective:
Setelah tamat kursus ini, peserta-peserta akan dapat:

  • Mengenalpasti bahan-bahan dalam binaan talian atas voltan tinggi sehingga 33kV
 
  • Menghuraikan aspek-aspek teknikal dan spesifikasi talian atas voltan tinggi
  • Menguruskan kerja-kerja senggaraan pada sistem talian atas voltan tinggi dengan cekap.
  • Menerapkan peraturan-peraturan keselamatan bekerja pada talian voltan tinggi dalam kerja harian.


Target Participant: Jurutera & Eksekutif Teknik
Duration: 2
Language: English, Malay

ULANGKAJI PEMBAIK KEROSAKAN
Distribution

4

View Details

Overview:
Kursus ini dirangka khusus bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan penyelia Pembaik Kerosakan dalam kerja-kerja membaik pulih kerosakan. Peserta kursus akan diterangkan dengan terperinci spesifikasi pepasangan sistem talian atas voltan rendah dan sistem lampu jalan.
 
Penekanan kursus juga terarah kepada aspek-aspek kemahiran mengesan kerosakan yang melibatkan pepasangan sistem talian atas voltan rendah serta pepasangan di sistem pencawang dan kabel bawah tanah.
Objective:
Setelah tamat kursus ini, peserta-peserta akan dapat:

  • Mengenalpasti prosedur-prosedur pepasangan talian atas voltan rendah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memantau, menganalisa dan membaiki kerosakan-kerosakan yang melibatkan sistem talian atas voltan rendah
  • Mengendalikan peti pembahagian mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
  • Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam kerja harian


Target Participant: Pembaik kerosakan
Duration: 4
Language: English, Malay

Human Resource Minister - Training Provider Award 2007
Role Model Company 2013 for Electrical Training Programmes by Manpower Department (JTM)
Energy Industry Award: Training Institution Excellence 2011

TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA

T: (+6) 03-8922 7222 F: (+6) 03-8926 4437 E: infoilsas@tnb.com.my

© 2017 TNB ILSAS