Courses

PEMBINAAN & SENGGARAAN TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH UNTUK JURUTEKNIK
Distribution

5

View Details

Overview:
Kursus ini merangkumi sistem talian atas voltan rendah tidak bertebat dan bertebat (ABC) yang melibatkan komponen-komponen seperti  tiang untuk menyokong pengalir serta pemasangan umbang bagi memastikan kestabilan binaan talian tersebut, disamping itu pelbagai pepasangan lain seperti fius di tiang, lampu awam, sesalur bekalan dan kakilima yang merupakan sebahagian dari binaan talian atas.
 
Bagi memastikan bekalan elektrik terjamin kualitinya, berdaya harap serta mempunyai ciri-ciri keselamatan, rekabentuk sistem, spesifikasi binaan talian atas serta keperluan peraturan yang telah ditetapkan perlu diambilkira dan digunapakai didalam menentukan penggunaan komponen ketika membuat perancangan untuk pembinaan talian tersebut.
 
Bagi menjamin keselamatan pekerja ketika melaksanakan kerja-kerja  binaan dan senggaraan talian atas voltan rendah,  juruteknik perlu memastikan semua  peraturan keselamatan dipraktikkan dan diamalkan.
Objective:
Setelah tamat kursus ini, peserta-peserta akan dapat:

  • Menerangkan aspek-aspek teknikal dan spesifikasi talian atas voltan rendah tidak bertebat dan kabel bertebat diudara.
  • Memantau kerja-kerja senggaraan sistem talian atas VR dan lampu jalan.
Menerapkan peraturan-peraturan keselamatan dalam kerja harian

Target Participant: Juruteknik
Duration: 5
Language:

Pembinaan & Mulatugas Pencawang Elektrik (Kontraktor Kerja TNB)
Kontraktor Kerja Bumiputera

5 hari

View Details

Overview:
Kursus ini dirangka bagi memberi latihan teori dan amali kepada kontraktor TNB yang menjalankan kerja-kerja pembinaan pencawang bermula dari keperluan sivil pencawang, pemasangan peralatan pencawang, kerja mengangkut dan memunggah hingga ke proses memulatugas pencawang tersebut dengan jayanya. Keperluan dan peralatan kerja dan bagaimana penggunaannya juga diterapkan dalam kursus ini. Aspek keselamatan bagi setiap bentuk kerja diperincikan bagi membolehkan kerja dilaksanakan dengan Selamat. Penumpuan latihan lebih kepada latihan amali iaitu 80% manakala selebihnya adalah teori dan kajian kes. Kandungan kursus merujuk kepada panduan dan manual terkini berkaitan kerja pembinaan pencawang yang digunapakai di TNB Pembahagian.
Objective:
Pada penghujung kursus, para pelatih akan mampu:

  • Menerangkan proses kerja pembinaan pencawang elektrik dan menyatakan spesifikasi sivil bagi pembinaan pencawang
  •  Menerangkan dan melaksanakan proses kerja pemasangan dan keperluan mulatugas peralatan pencawang dengan betul
  •  Melaksanakan kerja pengujian peralatan utama pencawang dan mencatat keputusan laporan kerja berpandukan garis panduan yang betul
Kandungan kursus:

PENGENALAN KERJA PEMBINAAN PENCAWANG
·     Spesifikasi am bangunan pencawang elektrik
·     Life Saving Rules (LSR)
·     Aspek keselamatan dalam pembinaan pencawang
·     Penyediaan tapak peralatan utama pencawang
·     Kerja mengangkut & memunggah peralatan pencawang
PEMASANGAN ALATSUIS RMU
·         Jenis-jenis alatsuis RMU
·         Penyediaan tapak dan pemasangan RMU
·         Pengujian & Mulatugas RMU
·         Kerja merombak RMU
·         Kerja pemasangan pengalir pembumian
PEMASANGAN ALATSUIS PEMUTUS LITAR DAN ALATUBAH
·         Persediaan peralatan kerja pemasangan dan langkah keselamatan
·         Jenis-jenis alatuis pemutus litar dan spesifikasinya
·         Penyediaan tapak dan pemasangan pemutus litar
·         Penyediaan tapak alatubah
·         Pemasangan alatubah berserta aksesorinya
PEMASANGAN PAPAN PEMBAHAGIAN VOLTAN RENDAH
·         Persediaan peralatan kerja pemasangan dan langkah keselamatan
·         Penyediaan tapak dan pemasangan PPVR
·         Pemasangan sistem Bekalan AT
·         Pemasangan batteri
PENGUJIAN DAN MEMULATUGAS PEMUTUS LITAR
·         Melakukan pengujian IR, continuity, CRT, power frequency Withstand Test & Vacuum interupter test
·         Pengisian format pengujian
PENGUJIAN ALATUBAH DAN PPVR
·         Persediaan peralatan pengujian dan langkah keselamatan
·         Melakukan pengujian IR, continuity, winding resistance & turn Ratio bagi alatubah
·         Pengujian dan mulatugas PPVR
KERJA MEROMBAK PERALATAN PENCAWANG
·       Persediaan peralatan kerja merombak
 

Methodology: presentation, discussion
Prerequisites:
Target Participant: Kontraktor Kerja Bumiputera TNB
Duration: 5 hari
Language: English, Malay

PEMBINAAN & MULATUGAS PENCAWANG ELEKTRIK
Distribution

5

View Details

Overview:
Kursus ini dirangka bagi memberi latihan teori dan amali berkaitan kerja pembinaan pencawang elektrik pembahagian setakat 22kV dari mula penerimaan pencawang hingga ke proses memulatugas pencawang tersebut dengan jayanya. Penumpuan latihan lebih kepada latihan amali iaitu 80% manakala selebihnya adalah teori dan kajian kes. Kandungan kursus merujuk kepada panduan dan manual terkini berkaitan kerja pembinaan pencawang yang digunapakai di TNB Pembahagian. Untuk itu, kursus ini amat sesuai bagi mereka yang terlibat dalam kerja pembinaan pencawang hingga ke kerja memulatugas agar pengetahuan diperolehi dapat memastikan pencawang yang dioperasi dapat berfungsi dengan baik.
Objective:
Pada penghujung kursus, para pelatih akan mampu:
·                Menerangkan jenis pencawang dan kegunaan peralatan utamanya dan spesifikasi sivil bagi pembinaan pencawang
·                Menyatakan keperluan prosidur keselamatan
·                Menyatakan spesifikasi sivil bagi pembinaan pencawang
·                Menerangkan keperluan dan spesifikasi tapak peralatan pencawang
·                Melaksanakan kerja mengangkut dan memunggah pencawang berpandukan garispanduan yang betul..
·                Melaksanakan kerja pemasangan peralatan utama pencawang berpandukan garispanduan yang betul
·                Melaksanakan kerja pengujian peralatan utama pencawang berpandukan garispandua yang betul

Target Participant: TNB DISTRIBUTION • Juretera dan eksekutif projek • Juruteknik • Penyelia Projek • Pomen Projek
Duration: 5
Language: English, Malay

Human Resource Minister - Training Provider Award 2007
Role Model Company 2013 for Electrical Training Programmes by Manpower Department (JTM)
Energy Industry Award: Training Institution Excellence 2011

TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA

T: (+6) 03-8922 7222 F: (+6) 03-8926 4437 E: infoilsas@tnb.com.my

© 2018 TNB ILSAS