Courses

Sistem Lampu Jalan Untuk Kontraktor TNB
Kontraktor Kerja Bumiputera

3 hari

View Details

Overview:
Lampu jalan merupakan komponen pencahayaan yang penting berfungsi menerangi jalan raya pada waktu malam. Kegagalan memastikan lampu jalan dalam keadaan baik mendedahkan kawasan kejiranan kepada bahaya ancaman rompakan serta menjejaskan imej TNB sebagai pembekal tenaga elektrik.

Penglibatan kontraktor dalam kerja-kerja pemasangan dan senggaran sistem lampu jalan TNB perlu diberi perhatian serius dalam aspek kemahiran kerja dan pematuhan spesifikasi agar kualiti kerja yang terhasil terjamin malah mampu bertahan untuk jangkamasa yang sepatutnya.

Justeru latihan komprehensif perlu diberikan kepada pekerja berkaitan dalam bidang ini supaya pemasangan lampu jalan mengikut standard spesifikasi yang ditetapkan serta kerja senggaraan dapat diimplementasi dengan segera disamping tidak mengabaikan aspek keselamatan diri dan tapak kerja.
Objective:
Setelah tamat kursus ini, peserta-peserta akan dapat:

  • Mengenalpasti komponen-komponen utama dalam pepasangan lampu jalan TNB.
  • Mengenalpasti penggunaan sambungan litar lampu jalan yang standard’ dalam TNB.
  • Melaksanakan kerja pemasangan lampu jalan mengikut spesifikasi dan teknik yang betul.
  • Melaksanakan kerja-kerja mengesan kerosakan serta membaik pulih lampu jalan.
  • Mengaplikasi peraturan keselamatan bekerja pada talian atas voltan rendah khususnya lampu jalan berpandukan kepada panduan keselamatan TNB.
Kandungan kursus:

Penerangan berkaitan ’TNB Towards Customer Satisfaction’.

Pengenalan talian atas voltan rendah:
  • Talian atas voltan rendah pengalir tak bertebat.
  • Tiang spun konkrit.
  • Pepasangan umbang, fius, penangkap kilat.
  • Pepasangan sesalur/bekalan/servis.
  • Sistem Kabel Bertebat Voltan Rendah.
Asas Aturan Keselamatan Elektrik TNB
  • Definisi-definisi istilah.
  • Menghuraikan akibat dari kejutan elektrik.
  • Langkah keselamatan kerja pada talian atas voltan rendah.
    • KPD – tali pinggang keselamatan, topi, tangga, tali.
    • LSR – Life Saving Rules
    • Hazard Identification Risk Asssessment and Determining Control (HIRADC)
Pengenalan Kaedah Kerja Talian Hidup Voltan Rendah:
  • Jarak hampiri minima.
  • Peraturan-peraturan kerja talian hidup voltan rendah.
Penggunaan Tower Wagon
Keselamatan dalam pengendalian Tower Wagon
Bahagian-bahagian asas Tower Wagon
Pengendalian & Penjagaan Tower Wagon

Kajian Kes Kemalangan
Demonstrasi & amali penggunaan tangga.
Demonstrasi ikatan dan simpulan tali.
 

Methodology: presentation, discussion, demonstration
Prerequisites:
Target Participant: Kontraktor Kerja Bumiputera TNB
Duration: 3 hari
Language: English, Malay

Single Phase Power Electronics
Power & Energy

3 Days

View Details

Overview:
The course is designed to improve participant’s skill to carry out the concepts of single phase power electronic in theirs working place. Trainer will guide and facilitate participants as their doing their practices and observed their safety as part of the training.

The training format is on theory and practical, where the participants will be actively involved in the lab activities. Hence, it will increase their confidence level and safety awareness.

“Learning by doing” is a basic principle adopted in this training. Participant will be taken through the vast experiences of training by the trainer. The emphasis is on participants continuing participation in ensuring the ultimate success in the course.
Objective:
Upon completion of this workshop, participants will be able to:

  • To acquire the fundamental knowledge of power electronic applications in term of single phase and retification of various load applied.
  • To state the effects of resistive and inductive load in the single phase retification application

for any enquiries please contact:

1. NAME: IR. YEOH CHIEN WERN
   Email: yeohcw@tnb.com.my

2. NAME: TAN BENG WEE
   Email: tanbw@tnb.com.my

 

Target Participant: C&I & Electrical Technical TT09-TT12 & individuals or technicians involved in electrical field
Duration: 3 Days
Language:

Siasatan Lanjutan
OSHE

3 Days

View Details

Overview:

Siasatan adalah satu proses bagi menentukan kebenaran bagi sesuatu laporan yang dibuat, menentukan jenis kesalahan, mendapatkan bukti serta keterangan, digunakan sebagai bukti pertuduhan, merangka pertuduhan, mengenal pasti saksi-saksi dan bertujuan untuk membuat panggilan saksi.

Objective:

Diakhir kursus, para peserta akan dapat:

• Memperolehi pengetahuan asas mengenai prosedur dan teknik-teknik siasatan
• Mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam menjalankan tugas-tugas siasatan dengan berkesan
• Memahami teknik membuat laporan dalam tugasan

 



Target Participant: Pembantu Keselamatan Tingkatan Biasa 'B' (PK07)
Duration: 3 Days
Language:

Human Resource Minister - Training Provider Award 2007
Role Model Company 2013 for Electrical Training Programmes by Manpower Department (JTM)
Energy Industry Award: Training Institution Excellence 2011

TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA

T: (+6) 03-8922 7222 F: (+6) 03-8926 4437 E: infoilsas@tnb.com.my

© 2018 TNB ILSAS