Courses

SISTEM SCADA MODULE 2
Distribution

3

View Details

Overview:
Kursus selama 3 hari ini adalah bertujuan memberi pendedahan berkenaan rekabentuk  SCADA yang digunakan di dalam bahagian pembahagian TNB.
Kursus ini meliputi fungsi dan peranan Data komunikasi, peralatan SCADA yang meliputi RTU/SCS dan protocol komunikasi SCADA yang digunakan oleh pembahagian TNB.
Format latihan adalah secara teori & Praktikal di mana para peserta akan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kelas. 
Objective:
Di akhir kursus, peserta akan
 
• Membuat perbandingan dan penilaian rekabentuk SCADA
• Menyediakan spesifikasi teknikal untuk kerja-kerja SCADA
• Dapat menerangkan kriteria protokol yang digunakan dalam sistem SCADA
• Mengenalpasti keperluan komunikasi untuk rangkaian SCADA
• Dapat menerangkan fungsi-fungsi DMS dalam SCADA

Target Participant: Technician & Engineers
Duration: 3
Language: English, Malay

SISTEM PEMBUMIAAN
Distribution

2

View Details

Overview:
Kursus ini merangkumi teori dan praktikal berkaitan sistem pembumian pencawang pembahagian. Pelatih akan diberi pendedahan secara teori fungsi sistem pembumian, komponen sistem pembumian, litar pembumian pencawang pembahagian elektrik dan bahaya kejutan elektrik disebabkan oleh potensi sentuh, potensi langkah. Latihan secara praktikal termasuk bagaimana untuk mereka bentuk sistem pembumian pencawang pembahagian, kaedah penyambungan  pembumian berdasarkan teknologi yang terkini yang diguna pakai dalam sistem TNB serta pengujian bumi yang perlu dilakukan sebelum memulatugas pencawang akan diterangkan semasa kursus ini. Pelatih juga akan didedahkan kepada standard terkini mengenai sistem pembumian sistem pembahagian.
Objective:
Apabila tamat kursus, para pelatih akan mampu untuk :
 
·         Menyatakan definisi dan tujuan sistempembumian bagi pencawang elektrik
·         Menyatakan definisi potensi langkah dan potensi sentuh
·         Mengenalpasti dan merangka litar pembumian dan komponen pembumian pencawang
·         Mengira dan mengenalpasti keperluan dan spesifikasi sistem pembumian
·         Menjalankan ujian pencawang bumi

Target Participant: TT09-TT14
Duration: 2
Language: English, Malay

Sistem Motivasi Prestasi Lanjutan
OSHE

2 Days

View Details

Overview:
Kursus ini dirangka khas untuk anggota kerja penyelia di TNB tentang Sistem Motivasi Prestasi.  Kursus ini merangkumi keseluruhan Rangka Kerja Outcome-Based KPI bermula dari aspek Halatuju dan Aspirasi Syarikat / Bahagian sehingga penyelarasan strategi di peringkat Jabatan / Unit.  Para peserta akan diberi latihan praktikal untuk menyediakan KPI berdasarkan C.E.O dan Outcome Based KPI.
Objective:

Berpandukan kepada pekeliling Pengurusan Sumber Manusia tentang Sistem Motivasi Prestasi yang digunapakai di TNB, peserta boleh:

i. Menerangkan halatuju Syarikat
ii. Mengenalpasti dan menerangkan konsep C.E.O.
iii. Menyatakan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) TNB
iv. Membezakan di antara KPI berdasarkan aktiviti dan KPI berdasarkan penghasilan (Outcome Based KPI)
v. Menerangkan kategori-kategori kompetensi yang digunapakai
vi. Menyatakan proses-proses dalam kitaran PMS

Dengan betul


untuk maklumat lanjut sila hubungi:

1. NAMA: Jessica Retnasamy
   Email: jessica@tnb.com.my

2. NAMA: Hanifah Mohd Hussain
   Email: hanifahmh@tnb.com.my
 



Target Participant: Terbuka & Mandatori PP09
Duration: 2 Days
Language:

Human Resource Minister - Training Provider Award 2007
Role Model Company 2013 for Electrical Training Programmes by Manpower Department (JTM)
Energy Industry Award: Training Institution Excellence 2011

TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA

T: (+6) 03-8922 7222 F: (+6) 03-8926 4437 E: infoilsas@tnb.com.my

© 2018 TNB ILSAS